Kami di EzPayment2U baru sahaja menerima satu berita menggemparkan dari Bank Negara Malaysia berkenaan langkah-langkah baharu berkaitan kad kredit yang berkuat kuasa serta merta.
Antara isi berita tersebut ialah BNM hanya membenarkan 2 pengeluar sahaja bagi setiap pemegang kad kredit. Maksudnya anda boleh pilih mana-mana dua kad sama ada dari bank seperti CIMB, Maybank, AmBank atau bank-bank yang lain atau boleh juga pilih mana-mana dua kad dari pihak ke-3 seperti dari MBF atau dari AEON atau yang lain-lain atau kombinasi mana-mana dua kad sama ada dari bank dan dari pihak ke-3 sahaja.
Sekiranya anda sudah ada LEBIH daripada 2 kad sekarang ini maka anda hanya boleh pilih 2 SAHAJA daripada banyak-banyak pengeluar kad yang ada di tangan anda sekarang ini. Anda juga diberi tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk tentukan kad dari pengeluar mana yang anda nak gunakan daripada banyak pengeluar yang anda ada sekarang ini. Sekiranya dalam kad yang hendak dibatalkan itu ada baki hutang yang tertunggak, maka anda diberi tempoh selama 2 tahun untuk selesaikan hutang tersebut.
Untuk mereka yang sudah terlebih pakai lebih daripada had kredit (Credit Limit) yang ditetapkan, maka anda juga diberikan tempoh 2 tahun sekurang-kurangnya untuk selesaikan hutang tersebut.
Walau bagaimana pun, anda tak perlu risau sebab kami di EzPayment2U sentiasa bersedia membantu.
Apa yang boleh kami bantu?
- Sekiranya anda ada lebih daripada 2 pengeluar kad maka kami akan mmbantu anda membuat pilihan mana satu kad yang mempunyai interest paling rendah yang anda boleh gunakan untuk tujuan penjimatan.
- Kami juga akan membantu anda selesaikan baki hutang tertunggak sekurang-kurangnya 2 tahun seperti yang diminta oleh BNM. Kesemua hutang anda DIJAMIN selesai dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun mengikut sistem EPP yang kami sediakan.
- Sebenarnya anda tak perlu tunggu 2 tahun untuk batalkan kad kredit yang mana anda tak perlukan. Anda sebenarnya dah boleh batalkan kad kredit yang anda tak perlukan dalam tempoh 5 HARI sahaja! Bagaimana? Kami akan tunjukkan bagaimana caranya!
- Unuk mereka yang dah terlebih guna melebihi had kerdit (credit limit) juga tak perlu risau kerana kami ada cara bagaimana membantu anda selesaikan masalah hutang anda sekurang-kurangnya dua tahun seperti yang diminta oleh BNM.
- Jangan risau, tidak seperti yang dilakukan oleh AKPK, kami TIDAK akan menyenarai hitamkan nama anda!
- Apabila nama dan akaun kad kredit anda telahj bersih maka ini akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman atau apa-apa urusan berkaitan kewangan.
Berita tersebut boleh diperolehi dari website Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri.
Untuk memudahkan anda di sini kami ‘copy and paste’ semula kesemua kenyataan dari BNM tersebut:
Ref No: 03/11/06
Embargo: Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1200 pada hari Jumaat, 18 Mac 2011
Langkah-langkah Baharu Kad Kredit bagi Menggalakkan Pengurusan Kewangan yang Berhemat dan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan langkah-langkah baharu kad kredit sebagai usaha berterusan untuk memupuk amalan pengurusan kewangan dan hutang yang berhemat dalam kalangan pemegang kad kredit. Langkah-langkah ini juga bertujuan untuk menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit dengan meneruskan penambahbaikan dalam infrastruktur keselamatan kad.
Berkuat kuasa serta-merta, syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit disemak seperti yang berikut:
- Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun;
- Perkara berikut adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang:
- Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja
- Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
- Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.
- Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.
- Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja
Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu, pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.
Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab dalam Pemberian Kad Kredit
Pengeluar kad kredit dikehendaki untuk mengamalkan pendekatan yang wajar, telus dan bertanggungjawab dalam memasarkan dan menawarkan kad kredit kepada pengguna. Pengeluar tidak dibenarkan untuk menaikkan had kredit pemegang kad tanpa persetujuan pemegang kad terlebih dahulu. Pengeluar juga tidak dibenarkan untuk menawarkan pendahuluan kredit dalam bentuk cek berbayar kepada pemegang kad melainkan pemegang kad kredit telah memohon untuk pendahuluan kredit.
Bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan dan keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi, pengeluar kad dikehendaki menyediakan Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet) yang mengandungi maklumat penting mengenai ciri-ciri kad, fi dan tanggungjawab pemegang kad. Pengeluar kad juga dikehendaki memberikan peringatan dengan jelas untuk memberitahu pemegang kad akan implikasi jika hanya membuat bayaran semula secara minimum dan sebahagian. Pada akhir setiap tahun, maklumat khusus mengenai tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman pemegang kad kredit dan jumlah kos faedah sekiranya pemegang kad kredit hanya membuat pembayaran minimum akan dikeluarkan kepada setiap pemegang kad. Ini akan berkuat kuasa untuk penyata tahunan yang dikeluarkan mulai bulan Disember 2011.
Meneruskan Penambahbaikan pada Keselamatan Infrastruktur Kad Kredit
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi keselamatan kad kredit dan memupuk keyakinan orang ramai bahawa kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang selamat digunakan, berkuat kuasa 1 Januari 2012, pemberitahuan transaksi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan dilaksanakan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad mereka selepas transaksi dilakukan. Langkah ini akan disusuli dengan pelaksanaan pengesahan nombor pengesahan peribadi (Personal Identification Number, PIN) untuk semua transaksi kad kredit mulai 1 Januari 2015.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan garis panduan baharu kad kredit, orang ramai boleh menghubungi ABM Connect di 1-300-88-9980, pusat hubungan pengeluar kad masing-masing dan TELELINK Bank Negara Malaysia di 1300-88-5465.
Bank Negara Malaysia
18 Mac 2011
© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.
Penulis blog adalah Consultant EPP yang terlatih dan berpengalaman lebih
daripada 3 tahun. Bermula dengan kes beliau sendiri apabila beliau menghadapi
masalah membayar hutang kad kredit dan daripada situ penulis telah mengambil
inisiatif untuk mempelajari selok belok berkenaan penggunaan kad kredit.
Setelah beliau sendiri mengalami masalah keperitan hutang akibat kad kredit dan
mempelajari selok belok penggunaan kad kredit serta kaedah EPP (Easy Payment
Plan) – 0% interest sebagai kaedah penyelesaian hutang kad kredit akhirnya
beliau tekad untuk menjadi Consultant EPP sepenuh masa.
Alhamdulillah, selama lebih tiga (3) tahun bergiat cergas dalam bidang EPP ini
beliau telah membantu ramai pengguna kad kredit keluar dari perangkap dan keluar
terus dari masalah yang membelenggu ini. Sesetengahnya pula ada yang telah
berjaya hidup tanpa kad kredit dan tanpa hutang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah EPP yang ada disediakan di EzPayment2U,
sila hubungi Consultant EPP di mobile / Whatsapp / Viber / GoChat / WeChat di
0193355399
Atau boleh juga hubungi di talian TM HomeLine (SOHO) di 0389275399
(Sekiranya anda juga adalah pengguna TM HomeLine maka anda boleh tinggalkan
nombor talian anda untuk dihubungi kemudian di masa yang sesuai)
Facebook EzPayment2U –
http://www.facebook.com/ezpayment2u
Facebook Profile –
http://www.facebook.com/ssufian
Website Rasmi – http://www.ezpayment2u.com
Blog Rasmi –
http://www.ezpayment2u.com/blog/
Untuk mendapatkan proposal PERCUMA, sila isikan maklumat kad kredit untuk
pengiraan di
http://www.ezpayment2u.com/borang.htm
Agent-agent seluruh negara diperlukan.
Komen dari Facebook:




Superb wordpress website the following.. It’s very hard to find level of quality creating like yours right now. I really recognize men and women like you! consider treatment