Pengumuman:
Blog ini memaparkan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini EzPayment2U. Untuk mengetahui tentang konsep penyelesaian hutang kad kredit atau membuat pengeluaran tunai ('Cash Advance') melalui kaedah Easy Payment Plan (EPP) - 0% Installment sila ke laman web rasmi EzPayment2U - http://www.ezpayment2u.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Saya baru dapat satu pertanyaan yang agak menarik dari Facebook yang saya rasa nak kongsikan di dalam blog EzPayment2U ni…

Kawan saya bertanya:

kawan bisnes apa yang paling mudah dan menguntungkan sekarang ya ?

kawan bisnes apa yang paling mudah dan menguntungkan sekarang ya ?

(sebenarnya saya terus ‘copy n paste’ je dari Facebook saya ni… sampai dua kali kawan ni bertanya… mungkin tengah terdesak nak cari duit agaknya… maklum lah tak lama lagi nak raya…

disebabkan saya dah ‘copy n paste’ soalan kawan saya… jadi kat bawah ni pun saya ‘copy n paste’ jugak lah jawapan yang saya dah berikan kepada kawan saya…)

bisnes yg paling menguntungkan ialah bisnes yang kita tak perlu nak susah bagitau kat org tapi org akan cari kita sebab servis / produk yang kita sediakan takde kat tempat lain atau susah untuk diperolehi… sekiranya ada org lain yang buat pun persaingannya masih kecil… dari segi kosnya pula tidak lah mahal (atau ada sesetengah perniagaan yang tak perlukan kita keluar modal pun tapi masih boleh dapat income tinggi)… persoalan harga produk / servis ialah subjective… maksudnya kalau barang / perkhidmatan tersebut betul2 berbaloi maka org boleh bayar berapa sekali pun utk dapatkan barang / perkhidmatan tersebut… cuma jangan lah kita letak harga yg mahal sangat… susah pulak org nak beli walau pun mereka memerlukan…

contoh perniagaan yang saya maksudkan ialah seperti bisnes jual air / makan… bisnes pakaian… bisnes pendidikan / ilmu… bagi saya pula saya pilih perniagaan dalam bidang kewangan sebab sekarang ni ramai yang sedang dihimpit masalah kewangan dan mereka sedang mencari solusi kepada masalah mereka tersebut… miskin dan kaya adalah subjective juga… ada org yg kaya tapi masih tak cukup (tamak) dan saya ada cara utk mereka mudah nak dapat duit… ada yang miskin akibat terjerat masalah hutang (saya ada penyelesaian masalah hutang)… ada yang faham tentang inflasi dan nak buat persediaan awal (saya ada cara bagaimana nak restructure loan rumah dan saya ada alat untuk perlindungan inflasi)… the best part… bisnes saya tak perlukan modal…

boleh rujuk website perniagaan saya di http://www.ezpayment2u.com/blog/

sekadar pendapat… mungkin lain org lain pendapat…

keep in touch!

Mungkin pembaca-pembaca yang lain ada jawapan yang nak dikongsikan bersama kat sini atau ada soalan-soalan lain yang berkaitan? Kalau ada boleh lah kongsikan bersama pendapat / idea di ruangan komen di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penulis blog adalah Consultant EPP yang terlatih dan berpengalaman lebih daripada 3 tahun. Bermula dengan kes beliau sendiri apabila beliau menghadapi masalah membayar hutang kad kredit dan daripada situ penulis telah mengambil inisiatif untuk mempelajari selok belok berkenaan penggunaan kad kredit.

Setelah beliau sendiri mengalami masalah keperitan hutang akibat kad kredit dan mempelajari selok belok penggunaan kad kredit serta kaedah EPP (Easy Payment Plan) - 0% interest sebagai kaedah penyelesaian hutang kad kredit akhirnya beliau tekad untuk menjadi Consultant EPP sepenuh masa.

Alhamdulillah, selama lebih tiga (3) tahun bergiat cergas dalam bidang EPP ini beliau telah membantu ramai pengguna kad kredit keluar dari perangkap dan keluar terus dari masalah yang membelenggu ini. Sesetengahnya pula ada yang telah berjaya hidup tanpa kad kredit dan tanpa hutang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah EPP yang ada disediakan di EzPayment2U, sila hubungi Consultant EPP di mobile / Whatsapp / Viber / GoChat / WeChat di 0193355399

Atau boleh juga hubungi di talian TM HomeLine (SOHO) di 0389275399
(Sekiranya anda juga adalah pengguna TM HomeLine maka anda boleh tinggalkan nombor talian anda untuk dihubungi kemudian di masa yang sesuai)

Facebook EzPayment2U - http://www.facebook.com/ezpayment2u
Facebook Profile - http://www.facebook.com/ssufian
Website Rasmi - http://www.ezpayment2u.com
Blog Rasmi - http://www.ezpayment2u.com/blog/

Untuk mendapatkan proposal PERCUMA, sila isikan maklumat kad kredit untuk pengiraan di http://www.ezpayment2u.com/borang.htm

4 Responses to “Bisnes Apa Yang Paling Mudah dan Menguntungkan?”

  1. assalamualaikum…masih aktif lg ke blog ni??? sy teringin sangat nak memiliki bisnes sendiri..sy ada dengar dr rakan2 yg tidak berkewangan mereka beritahu bahawa mereka bukannya tidak mahu berbisnes tetapi bisnes memerlukan modal dan berani tanggung risiko..yg menjadi masalah jika berlaku risiko kerugian melampau,mereka sudah tentu tiada back up dari sesiapa dan sudah tentu bertambah masalh kewangan mereka..dan suara drpada rakan yg memiliki bisnes pula sy lihat rata2 mereka mempunyai latar belakang keluarga yang senang ada Tanah dan harta dan sekiranya mereka berlaku krugian dan masalah kewangan pada sy mereka masih ada backup dr keluarga..mereka pon beritahu perihal yg sama jika mahu memulakan bisnes…sy berminat untuk berbisnes,bisnes yg sy minati adalah restoran dan kedai runcit..masalah sy cuma tiada pengalaman..sy juga tidak mempunyai latar belakang keluarga yg senang..sy risau jika berlaku risiko kerugian dan tak dapat back up kerugian dan langsung gulung tikar dan menanggung hutang..pada sy bila pergi ceramah bisnes,sudah tentu kita akan di sogokkan dengan keberanian,tapi rata2 mereka kebanyakannya memiliki back up dan sgelintir shj sama seperti saya..jadi jika sy berhasrat untuk memilik bisnes yg sy idamkan,apakah jalan terbaik sy utk mendapatkan pengalaman??? sedangkan sy bekerja di sector awam dan tidak mempunyai masa untuk mencari pengalaman..adakah setiap bisnes memerlukan pengalaman???

    • Waalaikumsalam…

      Saya bukan pakar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, cuma utk mereka yang tak cukup masa seperti saudara mungkin saudara boleh cuba perniagaan yang berkonsepkan dropship (hanya tolong pasarkan produk orang lain tanpa perlu pening kepala dengan urusan stok dan penghantaran atau RnD)
      Banyak perniagaan yang berkonsepkan dropship sekarang ni, ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Tuan boleh pilih mana yang bersesuaian.

  2. sy bekerja sebagai penjawat awam dan boleh mendapatkan modal dari pinjaman bank…sy tidak mahu hanya membayar hutang bank dan makan gaji…sekurang2nya sy perlu ada duit tepi untuk tampung kewangan sy..bisnes apakah yg saudara boleh syorkan untuk sy supaya saya dapat memanfaatkan pinjaman bank…rata2 rakan saya hanya buat pinjaman untuk keperluan peribadi shj..sy tidak mahu kehidupan seperti itu..sy tidak mahu berhutang lg..

    • Kami di EzPayment2U bukan pakar dalam bidang perniagaan atau keusahawanan. Kami hanya bantu mereka yang nak keluar dari masalah kewangan kad kredit sahaja.
      Saya nasihatkan tuan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif tentang bidang perniagaan atau keusahawanan.

Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© 2014 EzPayment2U Blog Suffusion theme by Sayontan Sinha