Pengumuman:
Blog ini memaparkan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini EzPayment2U. Untuk mengetahui tentang konsep penyelesaian hutang kad kredit atau membuat pengeluaran tunai ('Cash Advance') melalui kaedah Easy Payment Plan (EPP) - 0% Installment sila ke laman web rasmi EzPayment2U - http://www.ezpayment2u.com

 Minimum Payment Scheme (MPS)

Ini adalah satu skim bantuan yang disediakan untuk mereka yang

  • tidak bersedia lagi untuk buat EPP disebabkan amount kena Top-Up yang tinggi
  • ingin menurunkan amount outstanding ke satu amount tertentu supaya dapat bayar bulanan yang rendah dan tak perlu bayar top-up
MPS ini sebenarnya bukanlah suatu penyelesaian dan hanya lah bersifat sementara sahaja. Masalah outstanding tersebut masih ada dan belum selesai selagi belum buat EPP.

Kenapa MPS?

 Ramai yang datang menemui EzPayment2u untuk buat EPP biasanya adalah di dalam peringkat yang kritikal. Maksudnya mereka tunggu disaat-saat akhir atau di saat ‘nazak’ baru nak fikirkan soal penyelesaian. Tidak ramai yang datang menemui kami di awal masalah bermula ketika yang masih mudah diselesaikan. Biasanya bila seseorang yang menyedari masalahnya dalam menguruskan hutang kad kredit telah sampai peringkat kritikal baru lah pada masa itu mereka datang mencari penyelesaian daripada kami.
 Secara analoginya bolehlah diibaratkan seperti seorang yang sebelumnya beberapa kali telah sakit perut tapi masih berdegil untuk berjumpa doktor sehinggalah tiba-tiba keluar darah semasa buang air besar atau sebagainya. Sudah tentu lah proses untuk merawatnya pada masa itu melibatkan perbelanjaan tinggi dan kesakitan yang lebih berbanding sekiranya pesakit tadi berjumpa doktor semasa awal2 dia sakit perut sebelum ini.
 Di dalam ‘rawatan’ EPP ini, bila ‘pesakit’ datang jumpa kami dalam keadaan yang sangat kritikal, maka pada masa itu pasti lah melibatkan kos yang lebih mahal berbanding sekiranya ‘pesakit’ tadi datang awal-awal jumpa kami sejurus mereka menyedari susahnya mereka untuk bayar hutang kad kredit mereka.
 Jadi oleh sebab terlalu ramai yang berjumpa kami dalam keadaan kritikal begini maka kami berusaha mencari suatu kaedah yang dapat meringankan beban mereka dalam membantu mereka menyediakan amount yang cukup untuk top-up.
Nota: Untuk faham apa itu ‘Top-Up’ sila rujuk http://www.ezpayment2u.com/blog/2011/02/kes-kena-top-up-cash/

 

Bagaimana MPS dapat membantu?

Senario yang biasanya berlaku sama ada anda berjumpa mana-mana consultant kami atau pun mana-mana syarikat pengurusan EPP. Katakan lah anda datang jumpa kami semasa outstanding anda amount RM10,000 dan pada masa itu anda sudah tidak mampu untuk setiap bulan bayar minimum amount dalam RM500 yang mana sebahagian besarnya adalah interest dan mungkin juga bayaran denda akibat lewat bayar.
Maka anda pun datang berjumpa kami, setelah kami siapkan proposal di dapati anda dapat kurangkan bayaran bulanan anda daripada RM500 kepada RM330 sebulan dan pada ketika itu anda telah bersedia untuk lakukan proses EPP. Namun mungkin anda terlupa bahawa untuk proses EPP tersebut anda kena top-up terlebih dahulu sebanyak RM1870 sebab credit yang masih available dalam kad tersebut tidak mencukupi untuk bayar proses. Maka anda pun balik dengan penuh kehampaan.
Sekarang, mahu kah anda kalau saya beritahu yang anda masih ada peluang untuk sekurang-kurangnya anda bertahan daripada berterusan bayar bayar tapi masalah tak settle settle malahan semakin parah? Ya! Sebenarnya itu lah kami dapat bantu melalui sistem MPS ini.
Apa yang anda fikirkan sekiranya sementara anda bertahan itu anda dapat jimat lebih kurang 25% daripada amount minimum payment yang sepatutnya anda bayar kepada bank (dan ini belum lagi dikira daripada penjimatan akibat interest dan / atau late charges payment). Di mana sepatutnya anda bayar RM500 tapi sekarang anda hanya perlu bayar dalam RM132 sahaja dan anda berjimat sebanyak RM368 tiap-tiap bulan dan amount ini akan terus berkurangan sekiranya dalam masa yang sama anda settlekan juga sedikit demi sedikit outstanding amount.
Bagaimana jika kami katakan anda boleh terus lakukan ini sehingga anda telah bersedia untuk lakukan EPP sebab anda kena ingat ini hanya lah penyelesaian SEMENTARA anda dapat kumpulkan duit untuk bayaran top-up EPP yang anda tak mampu bayar sebelum ini. Anda juga harus ingat bahawa hutang kad kredit anda BELUM SELESAI sehingga lah anda buat EPP dan selesaikan hutang secara installment bulanan sehingga tamat tempoh.

Siapa yang layak?

Buat masa ini kami hanya tawarkan MPS ini kepada mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja kerana proses MPS ini nanti akan melibatkan perjumpaan di antara pemegang kad kredit dengan consultant kami (kecuali ada kes-kes tertentu yang kad kredit mereka telah sampai kepada kredit limit dan pemegang kad tersebut yang serahkan kad kredit kepada kami dan mengamanahkan kami untuk menguruskan sepenuhnya soal hutang kad kredit mereka).
Kami juga hanya terima kes yang belum melepasi kredit limit.
Kad yang telah kena block sama ada Temporary Block atau lebih-lebih lagi Permanent Block tidak dapat diuruskan MPS buat masa ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penulis blog adalah Consultant EPP yang terlatih dan berpengalaman lebih daripada 3 tahun. Bermula dengan kes beliau sendiri apabila beliau menghadapi masalah membayar hutang kad kredit dan daripada situ penulis telah mengambil inisiatif untuk mempelajari selok belok berkenaan penggunaan kad kredit.

Setelah beliau sendiri mengalami masalah keperitan hutang akibat kad kredit dan mempelajari selok belok penggunaan kad kredit serta kaedah EPP (Easy Payment Plan) – 0% interest sebagai kaedah penyelesaian hutang kad kredit akhirnya beliau tekad untuk menjadi Consultant EPP sepenuh masa.

Alhamdulillah, selama lebih tiga (3) tahun bergiat cergas dalam bidang EPP ini beliau telah membantu ramai pengguna kad kredit keluar dari perangkap dan keluar terus dari masalah yang membelenggu ini. Sesetengahnya pula ada yang telah berjaya hidup tanpa kad kredit dan tanpa hutang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah EPP yang ada disediakan di EzPayment2U, sila hubungi Consultant EPP di mobile / Whatsapp / Viber / GoChat / WeChat di 0193355399

Atau boleh juga hubungi di talian TM HomeLine (SOHO) di 0389275399
(Sekiranya anda juga adalah pengguna TM HomeLine maka anda boleh tinggalkan nombor talian anda untuk dihubungi kemudian di masa yang sesuai)

Facebook EzPayment2U – http://www.facebook.com/ezpayment2u
Facebook Profile – http://www.facebook.com/ssufian
Website Rasmi – http://www.ezpayment2u.com
Blog Rasmi – http://www.ezpayment2u.com/blog/

Untuk mendapatkan proposal PERCUMA, sila isikan maklumat kad kredit untuk pengiraan di http://www.ezpayment2u.com/borang.htm

Agent-agent seluruh negara diperlukan.

      
Plugin by: PHP Freelancer

Komen dari Facebook:

Leave a Reply

Connect with Facebook

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© 2013 EzPayment2U Blog Suffusion theme by Sayontan Sinha
Partly powered by CleverPlugins.com Popup By Puydi