Pengumuman:
Blog ini memaparkan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini EzPayment2U. Untuk mengetahui tentang konsep penyelesaian hutang kad kredit atau membuat pengeluaran tunai ('Cash Advance') melalui kaedah Easy Payment Plan (EPP) - 0% Installment sila ke laman web rasmi EzPayment2U - http://www.ezpayment2u.com

Apa itu kebankrapan?

Bankrap

Bankrap

Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu

Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.

Siapakah itu penghutang?
Penghutang dalam konteks Akta Kebankrapan merujuk kepada individu yang tertakluk di bawah bidangkuasa mahkamah di bawah seksyen 3(3) Akta Kebankrapan 1967 yang pada masa tindakan kebankrapan telah dibuat:

  • Telah hadir sendiri di Malaysia; atau
  • Biasanya telah tinggal atau telah mempunyai suatu tempat kediaman di Malaysia; atau
  • Telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia sama ada sendiri atau dengan cara seorang ejen; atau
  • Telah menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia.

Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi bankrap?
Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman terhadap seseorang individu selepas suatu Petisyen Kebankrapan dikemukakan. Petisyen Kebankrapan ini dikemukakan di mahkamah melalui dua (2) cara:

  • Petisyen Pemiutang. Suatu Petisyen Pemiutang hanya boleh dikemukakan setelah suatu tindakan kebankrapan dilakukan oleh penghutang dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh pengemukaan petisyen. Selain itu, penghutang tersebut hendaklah:
  • Tinggal di Malaysia; atau
  • Dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh pengemukaan petisyen:
    • Telah tinggal di Malaysia; atau
    • Telah mempunyai sebuah rumah kediaman di Malaysia; atau
    • Telah mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; atau
    • Telah menjalankan perniagaan sendiri atau melalui ejen di Malaysia; atau
    • Telah dalam tempoh yang sama menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia dengan cara seorang pekongsi atau pekongsi-pekongsi atau seorang ejen atau pengurus.
    • Petisyen Pemiutang dikemukakan apabila penghutang berhutangan dengan pemiutang pempetisyen tidak kurang dari RM30,000.00.
  • Petisyen Penghutang. Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran mahkamah.

Petisyen ini (Borang 3, Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969) hendaklah difailkan di Mahkamah di mana penghutang tersebut tinggal. Sebelum Petisyen tersebut difailkan, penghutang mestilah mendepositkan sejumlah RM1,500.00 kepada KPI bagi tujuan menampung segala perbelanjaan sepanjang pentadbiran kes oleh KPI. Mahkamah hanya akan membenarkan Petisyen tersebut difailkan setelah resit pembayaran deposit yang dikeluarkan oleh KPI dikemukakan. Satu salinan Petisyen Penghutang yang dimeterai kemudian akan dihantar kepada KPI sama ada melalui pos atau sebaliknya. Semasa perbicaraan Petisyen Penghutang, Mahkamah akan membuat satu Perintah Penerimaan serta satu Perintah Penghukuman. Walau bagaimanapun, jika si bankrap tidak hadir ke perbicaraan tersebut, Petisyen tersebut boleh dibatalkan.

Perlu diingatkan bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius dan seharusnya dijadikan sebagai jalan terakhir. Ini kerana terdapat banyak sekatan yang dikenakan ke atas bankrap seperti sekaran keluar negara, memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang.

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Tanggungjawab seorang bankrap termasuklah:

  • Menghadirkan diri di JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dikeluarkan terhadapnya dan juga setiap mesyuarat atau perjumpaan apabila diarahkan;
  • Menyerahkan semua harta miliknya kepada KPI;
  • Memfailkan Pernyataan Hal Ehwal;
  • Menyerahkan Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan bagi tempoh setiap enam (6) bulan;
  • Menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat pemiutang;
  • Mengelakkan dari memperoleh kredit Tidak membuat pembayaran terus hutang kepada pemiutang;
  • Membuat bayaran ansuran bulanan ke dalam estet kebankrapan;
  • Sentiasa mengemaskini dan memberitahu dengan segera jika terdapat sebarang perubahan nama, alamat tempat tinggal, no. telefon, jumlah pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan;
  • Memberi respon dan menjawab sebarang pertanyaan kepada Ketua Pengarah Insolvensi; dan
  • Tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Insolvensi, Mahkamah dan peruntukan di dalam Akta Kebankrapan 1967.

Apakah kesan-kesan ke atas kebankrapan?

  • Apabila perintah Penerimaan telah dimasukkan, tiada prosiding boleh diambil atau sedang berjalan ke atas penghutang/si bankrap mahupun aset kepunyaan penghutang/si bankrap mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah;
  • Ketua Pengarah Insolvensi adalah penerima harta penghutang/si bankrap;
  • Ketua Pengarah Insolvensi akan menjadi pemilik semua buku akaun, surat-surat dan dokumen-dokumen lain dalam pemilikan, penjagaan atau kawalan dari penghutang/si bankrap yang berkaitan dengan hal ehwal miliknya, dan boleh menjadi miliknya kesemua atau surat ikatan, buku, dokumen-dokumen dan harta benda lain penghutang.

Apakah sekatan-sekatan ke atas bankrap?

  • Tidak boleh dilantik atau bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret
  • Tidak boleh dicalonkan di dalam pilihanraya dan / atau menjadi perwakilan (hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang mana-mana jawatan di dalam persatuan)
  • Tidak boleh dicalonkan atau dipilih atau memegang atau menjalankan jawatan Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Tidak boleh meneruskan mana-mana tindakan kecuali dengan sanksi Ketua Pengarah Insolvensi.
  • Tidak boleh meninggalkan persekutuan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
  • Tidak boleh menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
  • Tidak boleh bekerja dengan syarikat milik pasangan, keluarga atau saudara kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
  • Tidak dibenarkan membuat pinjaman melebihi RM1,000.00 tanpa memaklumkan kepada pihak yang memberi pinjam bahawa dia adalah seorang bankrap

Perjalanan Keluar Negara 

Mana-mana bankrap yang belum dilepaskan mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah untuk meninggalkan Malaysia. Jika si bankrap cuba untuk meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Insolvensi, pasport dan dokumen perjalanan akan dirampas oleh Jabatan Imigresen dan diserah kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Bagi mendapatkan kebenaran keluar negara, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah berpuas hati bahawa anda mempunyai alasan yang kukuh untuk memohon keluar negara seperti berikut:

  • Urusan kerja / pekerjaan;
  • Umrah/Haji/Tujuan Keagamaan;
  • Rawatan perubatan;
  • Menziarahi keluarga;
  • Menghadiri perkahwinan/konvokesyen/pengebumian;

Ketua Pengarah Insolvensi akan mengenakan syarat semasa memberi kelulusan seperti berikut:

  • Tempoh perjalanan;
  • Tarikh dikehendaki pulang ke Malaysia;
  • Tarikh dikehendaki menyerahkan passport kepada Ketua Pengarah Insolvensi;
  • Seorang penjamin dengan sejumlah amaun wang untuk didepositkan sebagai jaminan;
  • Sejumlah amaun wang untuk dikreditkan ke dalam akaun kebankrapan;
  • Ketetapan di dalam membuat bayaran ansuran.

Ketua Pengarah Insolvensi boleh menolak permohonan sekiranya :

  • Bayaran ansuran yang tidak teratur atau tiada bayaran yang pernah dibuat;
  • Tiada kerjasama dengan Ketua Pengarah Insolvensi;
  • Kegagalan menghadirkan diri di Jabatan ini di awal penerimaan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman;
  • Kegagalan memfailkan Pernyataan Hal Ehwal;
  • Penyerahan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang tidak teratur;
  • Menunggu perlaksanaan waran tangkap;
  • Menunggu tindakan pendakwaan;
  • Aduan di bawah siasatan;
  • Apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Kebankrapan 1967; dan
  • Kegagalan mendedahkan harta/aset (dalam / luar negara)

Kegagalan mematuhi syarat perjalanan yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Insolvensi adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebankrapan. Bankrap dianggap melakukan suatu penghinaan mahkamah dan akan dihukum sewajarnya di atas permohonan Ketua Pengarah Insolvensi.

Bagaimana saya boleh memohon untuk keluar negara? 

Satu permohonan bertulis untuk meninggalkan Malaysia perlu dilakukan kepada Ketua Pengarah Insolvensi sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh lawatan yang dipohon. Sila ambil perhatian bahawa permohonan berserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan anda. Sekiranya anda tidak pasti cawangan mana yang mentadbir kes anda, anda boleh membuat carian kebankrapan.

Anda perlu mengemukakan maklumat-maklumat berikut:

  • Tujuan lawatan dipohon;
  • Nama negara-negara yang anda mohon untuk dilawati;
  • Tarikh anda bercadang meninggalkan Malaysia;
  • Tarikh anda bercadang pulang ke Malaysia;
  • Maklumat jadual perjalanan dan pihak yang boleh dihubungi di luar negara;
  • Nama dan surat pengesahan daripada pihak yang menanggung kos perjalanan;
  • Alamat e-mel, no. telefon dan alamat luar negara di mana anda boleh dihubungi;
  • Pendapatan tahunan semasa;
  • Cadangan mengatur pembayaran terhadap hutang-piutang semasa berada di luar negara;
  • Mana-mana dokumen sebagai menyokong permohonan (hyperlink to checklist).

Ketua Pengarah Insolvensi memerlukan masa dan maklumat yang mencukupi untuk mempertimbangkan permohonan anda. Anda akan dimaklumkan dengan segera tentang keputusan Ketua Pengarah Insolvensi dan syarat yang ditetapkan bagi perjalanan anda.

Ketua Pengarah Insolvensi boleh menolak permohonan di mana kehadiran bankrap perlu untuk pentadbiran kebankrapan yang sewajarnya dan efisyen.

Jika kebenaran diberikan, Ketua Pengarah Insolvensi mestilah mengeluarkan kebenaran secara bertulis sebelum bertolak.

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Insolvensi, anda boleh merayu kepada Ketua Pengarah Insolvensi dengan mengemukakan alasan yang baru dalam permohonan anda. Rayuan kepada Ketua Pengarah Insolvensi hanya boleh dibuat sekali sahaja. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Insolvensi terhadap permohonan dan rayuan anda, anda boleh membuat rayuan ke mahkamah bagi menentang keputusan Ketua Pengarah Insolvensi.

Bagaimana untuk keluar dari kebankrapan?

Di bawah Akta Kebankrapan 1967, terdapat tiga (3) cara untuk keluar dari kebankrapan. Sila ambil perhatian bahawa tiada pelepasan automatik di Malaysia.

1. Pembatalan
Pembatalan adalah pemansuhan di dalam kebankrapan.

Terdapat tiga (3) keadaan di mana mahkamah boleh mambatalkan Perintah Penghukuman :

  • Mahkamah berpendapat bahawa penghutang tidak sepatutnya dijatuhkan bankrap;
  • Mahkamah berpuas hati bahawa semua hutang si bankrap telah dijelaskan sepenuhnya;
  • Mahkamah mendapati bahawa prosiding yang tertangguh di Singapura bagi pembahagian di dalam estet si bankrap dan memebri kesan kepada pemiutang di bawah kebankrapan atau undang-undang insolvensi Singapura bahawa pembahagian sepatutnya dilakukan di negara tersebut.

Kesan pembatalan adalah untuk menghapuskan kebankrapan seolah-olah penghutang tidak pernah diisytihar bankrap.

2. Pelepasan Dengan Perintah Mahkamah
Pelepasan bermaksud bebas daripada kebankrapan.

Bagaimana untuk saya memohon pelepasan?
Anda boleh memohon melalui Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Perintah Pelepasan.

Mahkamah akan mendengar Ketua Pengarah Insolvensi dan pemiutang-pemiutang sebelum sebarang keputusan pelepasan dibuat. Mahkamah akan mempertimbangkan beberapa faktor seperti umur, pendapatan dan aset sebelum keputusan pelepasan. Selain itu, mahkamah juga akan mempertimbangkan jumlah bayaran yang telah anda sumbangkan untuk faedah pemiutang, sama ada terdapat kebankrapan atau kesalahan lain yang dilakukan, secara umumnya, sama ada anda telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Ketua Pengarah Insolvensi semasa pentadbiran kes anda.

3. Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi
Ketua Pengarah Insolvensi, boleh, dengan budi bicara, melepaskan bankrap selepas tempoh lima (5) tahun di dalam kebankrapan. Dalam mempertimbangkan untuk melepaskan si bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan beberapa faktor seperti:

  • Sebab kebankrapan;
  • Tempoh kebankrapan;
  • Aset si bankrap dan bayaran terhadap estet bagi faedah pemiutang;
  • Umur atau kesihatan si bankrap;
  • Kelakuan si bankrap; dan
  • Tahap kerjasama yang diberikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi dalam hal ehwal pentadbiran kes.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap Ketua Pengarah Insolvensi.

In Shaa Allah kami di EzPayment2U ada cara yang mudah, murah dan selamat serta sah di sisi undang-undang untuk membantu anda keluar daripada kemelut hutang kad kredit dan menjauhkan diri anda daripada kebankrapan.

Hubungi kami segera di 0193355399 atau 0389275399 atau boleh isikan maklumat dalam borang kajiselidik untuk mendapatkan proposal secara PERCUMA di http://www.ezpayment2u.com/borang.htm

Source: Malaysia Department of Insolvensi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Sebelum ni saya ada kongsikan video berkenaan bagaimana saya buat proposal untuk 1 kad kredit
- http://www.ezpayment2u.com/blog/2012/09/epp-proposal-single-card-by-sophy-sufian/

Saya juga ada kongsikan video bagaimana saya buat proposal untuk kes AEON (1 kad)
- http://www.ezpayment2u.com/blog/2012/09/ezpayment2u-contoh-kes-epp-aeon-by-sophy-sufian/

Saya juga ada kongsikan video bagaimana saya buat proposal untuk kes ‘Cash Advance’ CIMB (1 kad)
- http://www.ezpayment2u.com/blog/2012/09/contoh-kes-cash-advance-epp-cimb-video/

dan video berkenaan bagaimana saya buat proposal untuk kes ‘Cash Advance’ dua (2) kad berbeza MBF dan Maybank
- http://www.ezpayment2u.com/blog/2012/09/ezpayment2u-cash-advance-mbf-dan-maybank-by-sophy-sufian-video/

Kali ini saya akan kongsikan pula bagaimana saya buat proposal untuk kes yang ada kad ‘Principal’ dan kad ‘Supplementary’ yang berkongsi credit limit.

Kedua-dua kad adalah dari Maybank berkongsi Credit Limit sebanyak RM10,000

Maklumat kad 1 (Principal):

  • Outstanding Balance: RM3180
  • Outstanding Installment Balance: RM115 x 20 months
Maklumat kad 2 (Supplementary)
  • Outstanding Balance: RM780
Dalam video ini saya ada tunjukkan beberapa proposal yang boleh dipilih sendiri oleh pemilik kad kredit. Ada proposal 36 dan 24 bulan yang pemilik kad kredit boleh pilih sama ada nak buat ‘settlement’ semata-mata atau dalam masa yang sama nak dapatkan ‘cash’ dari proses EPP ini
Jom kita saksikan bersama bagaimana saya sediakan proposal ini untuk pelanggan saya.
Seperti biasa, maklumat pelanggan dirahsiakan.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua…

Sekarang dah semakin banyak merchant yang menyediakan perkhidmatan ‘WAVE’ di mana anda tak perlu susah2 bagi kad kredit anda kepada pekedai untuk di’swipe’ dan sebaliknya anda sendiri boleh ‘WAVE’ kad kredit anda di merchant dan transaksi terus aktif… Pekedai dapat jual barang anda dapat apa yang anda mahukan…

Image credit to: ghacks.net

Wave Credit Card
Image Source: ghacks.net

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah begitu senang sekali menggunakan kemudahan ‘WAVE’ ini sehingga tak perlu untuk pekedai pastikan maklumat kad kredit dan ‘verify’ pemilik kad kredit untuk mengelakkan ‘fraud’…

Sebenarnya ‘WAVE’ ini dapat dilakukan dengan begitu mudah dengan adanya teknologi  Radio Frequency IDentification (RFID) dalam kad.

Memang canggih teknologi… Namun disebalik kecanggihan teknologi ini ada juga kecanggihan masalah berkaitan…

Saksikan video ini untuk mengetahui kelebihan dan masalah risiko yang ada bersama teknologi ini…

 

Video ini memang dari luar tapi saya sendiri dah tengok beberapa bank beri kemudahan WAVE  ini kepada beberapa merchant mereka terutamanya di pusat-pusat beli belah yang besar seperti Suria KLCC atau di JB City Square seperti yang disediakan oleh Hong Leong Bank (http://www.hlb.com.my/pfs/cc/cc_citysquare_fb.jsp?flag=cc_citysquare) dan sebagainya…

Tujuan saya dedahkan perkara ini bukan lah untuk menakut-nakutkan pengguna kad kredit apatah lagi untuk memberitahu kepada hacker-hacker di luar sana tentang perkembangan terbaru ini… Tujuan sebenar saya adalah supaya kita sama-sama boleh berhati-hati dalam menggunakan teknologi canggih ini kerana tiada satu pun ciptaan makhluk yang sempurna di atas muka bumi ini dan setiap perkara pasti ada kelebihan dan kekurangan…

Untuk mereka yang masih ‘struggle’ melunaskan hutang kad kredit, saya ada cara yang mudah dan selamat sah dari segi undang-undang serta terjamin untuk memastikan hutang anda selesai dalam masa kurang daripada kebiasaan dan dijamin tak dikenakan interest sekiranya anda ikut jadual yang kami tetapkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kaedah yang di panggil Easy Payment Plan – 0% interest ini sila layari website rasmi kami di http://www.ezpayment2u.com atau teruskan pembacaan anda di blog rasmi EzPayment2U ini.

Atau boleh hubungi saya terus di talian mobile / Whatsapp / Viber / WeChat / GoChat – 0193355399

Atau TM HomeLine (SOHO) di 0389275399

Atau sekiranya anda ada talian tetap TM HomeLine (dari Telekom) maka sila berikan nombor anda untuk saya hubungi di masa yang anda sesuai.

Facebook EzPayment2U – http://www.facebook.com/ezpayment2u

Facebook (Profile Peribadi) - http://www.facebook.com/ssufian

Untuk mendapatkan Proposal PERCUMA sila masukkan maklumat kad kredit anda untuk pengiraan di http://www.ezpayment2u.com/borang.htm

Contoh pengiraan EPP AEON

AEON hanya ada 1 pilihan sahaja iaitu 18 bulan dan caj untuk 18 bulan EPP ialah 18% berbanding dengan normal rate (18% setahun atau 1.5% sebulan) dia jimat sebanyak

Caj Interest 18 bulan normal rate – Processing Fee EPP = Penjimatan
(1.5% x 18 bulan) – 18% = 9%

Rujuk calculator kad kredit AKPK pemilik kad kena bayar selama 4 tahun (4 tahun x 12 = 48 bulan) dan amount interest kena bayar ialah sebanyak RM781 sekiranya dia terus membayar minimum payment untuk selesaikan hutang sebanyak RM2360

Sedangkan melalui EPP dia hanya ambil masa 1 tahun 6 bulan (18 bulan) dan kos yang dia perlu bayar hanya lah RM432 sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
0193355399 (mobile/whatsapp/viber/wechat/gochat)

atau 0389275399 (TM HomeLine)

atau Facebook:

http://www.facebook.com/ezpayment2u

http://www.facebook.com/ssufian

Website Rasmi:

http://www.ezpayment2u.com

0389275399 (TM HomeLine)

atau Facebook:

http://www.facebook.com/ezpayment2u

http://www.facebook.com/ssufian

Website Rasmi:

http://www.ezpayment2u.com

Blog Rasmi:

http://www.ezpayment2u.com/blog/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Di dalam video ini saya ada tunjukkan bagaimana saya menggunakan Microsoft Excel sebagai alat untuk menyediakan proposal EPP setiap kali ada permintaan.

Di dalam video ini juga saya ceritakan mengapa dan apa sebab saya pilih Microsoft Excel untuk tunjukkan proposal.

Melalui video ini juga ada diceritakan setiap isi kandungan proposal dan bagaimana membaca proposal.

Di dalam website AKPK terdapat online calculator untuk mengira berapa lama masa yang akan diambil dan berapa banyak interest yang akan dibayar kepada bank mengikut rate biasa (18%). Insya Allah bila dah tahu dengan jelas berapa lama ambil masa untuk selesaikan hutang secara biasa dan berapa banyak interest kena bayar jadi mudah lah untuk bandingkan antara tempoh pembayaran semula hutang melalui EPP yang biasanya lebih singkat berbanding biasa dan juga berapa banyak boleh jimat

Video ini juga saya ada tunjukkan perbezaan dan kelebihan buat EPP berbanding sekiranya berterusan membayar minimum payment kepada bank mengikut rate interest yang biasa.

Kadar ‘Processing Fee’ bagi setiap bank adalah berbeza mengikut berapa lama tempoh nak buat installment dan biasanya lebih lama tempoh pembayaran maka kadar ‘processing fee’ adalah lebih tinggi tetapi komitmen bulanan adalah lebih rendah berbanding sekiranya tempoh installment yang lebih singkat dan begitu juga lah sebaliknya. Jadi di dalam video ini saya tunjukkan perbezaan proposal yang lebih singkat dengan kadar ‘processing fee’ yang lebih rendah dan komitmen installment bulanan yang agak lebih tinggi sedikit berbanding dengan proposal yang tempohnya lebih lama dengan kadar ‘processing fee’ yang agak tinggi sedikit dan komitmen installment bulanan yang lebih rendah.

Perkhidmatan EPP ini adalah terbuka kepada semua mereka yang mempunyai kad kredit Visa atau MasterCard yang menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank-bank yang ada di dalam negara Malaysia seperti Maybank,CIMB, Citibank, Standard Chartered, AEON, EON, MBF, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB, Bank Islam, Alliance Bank, OCBC, UOB, AmBank, BSN (Bank Simpanan Nasional), (kecuali Bank Rakyat).

Buat masa ini kami bergerak secara aktif di Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur). Walau bagaimana pun, mereka yang berada di negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan termasuk juga di Sabah dan Sarawak masih boleh berurusan dengan kami secara online dan sistem pos laju.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan EPP yang ada disediakan di EzPayment2U ini sila layari website rasmi di http://www.ezpayment2u.com atau blog rasmi di http://www.ezpayment2u.com/blog/

Boleh juga hubungi saya di talian mobile / Whatsapp / Viber / GoChat / WeChat – 0193355399

Atau TM HomeLine 0389275399

Atau Facebook:
- http://www.facebook.com/ezpayment2u
- http://www.facebook.com/ssufian
p/s: ini adalah percubaan awal saya memberi penerangan dalam bentuk video, saya tak nafikan sememangnya ada banyak kekurangan mungkin dari segi kualiti gambar dan suara itu sendiri, oleh kerana ada had masa untuk tayangkan satu video YouTube maka sebenarnya masih lagi ada beberapa perkara sampingan yang tidak sempat saya masukkan dalam video ini… oleh itu untuk sesiapa yang masih perlukan penerangan lanjut sila lah hubungi saya seperti di atas…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kepada rakan-rakan dan pembaca blog setia…. Kali ini saya nak berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan tauladan untuk kita semua tentang betapa pentingnya ilmu terutamanya yang berkaitan dengan perancangan kewangan supaya tidak silap bajet… Betapa pentingnya ilmu berkaitan kewangan dan terutamanya ilmu pengurusan hutang ini sehingga tidak boleh dibuat agak-agak atau andaian semata-mata…

Kali ni saya nak share story tentang konsep bertahan yang digunakan oleh seorang rakan saya yang tak faham dengan konsep bagaimana cara bank caj interest kepada outstanding balance…

Apa yang rakan saya telah lakukan ialah katakan bank suruh bayar minimum payment RM500… maka kawan saya sebab tak mampu nak bayar RM500 maka dia pun gunakan lah kad dia sebanyak RM500 kemudian dia bayar RM500 konon2nya utk cover minimum payment yang bank suruh bayar… sebenarnya apa yang rakan saya tak sedar ialah dalam minimum payment 5% yang bank suruh bayar tu sebenarnya terdapat 1.5% (base on 18% p.a.) dan kalau terlewat bayar ada lagi tambahan 1% (up to RM50 or RM100 refer to issuance bank accordingly)… so 5% – 1.5% – 1% = 2.5%… 2.5% ini adalah setengah sahaja daripada total amount minimum payment yang bank suruh bayar… dan sekiranya berterusan teknik ini dilakukan maka sebenarnya tanpa disedari si penghutang semakin menambah hutang sedia ada… begitu bahayanya tindakan sebegini akibat kurangnya pengetahuan berkenaan pengiraan kad kredit… urusan kewangan bukan suatu perkara agak2 atau teka-tekaan… jika perlu sila dapatkan nasihat daripada mereka yang arif dan pakar dalam hal2 berkaitan pengiraan kad kredit…

Sebenarnya untuk teknik bertahan di EzPayment2U ada disediakan satu plan yang dipanggil sebagai Minimum Payment Plan (MPP)…

Melalui MPP ini si penghutang kad kredit hanya perlu bayar 25% sahaja daripada minimum payment (5%) yang bank suruh bayar…

Contohnya, outstanding balance ialah RM10,000 maka minimum payment ialah 5% x RM10,000 = RM500… maka si penghutang hanya perlu bayar 25% x RM500 = RM125 sahaja tanpa dikenakan late charges payment dan tanpa diganggu dengan panggilan telefon dari bank bagitau kenapa bayar tak cukup amount atau sebagainya…

untuk memahami konsep MPP dalam membantu mengurangkan komitmen bulanan sila hubungi saya di talian 0193355399

This video uses a simple analogy to describe how the average American is throwing away their money to the credit card companies that we call banks.

I hope we all could have a better understanding how credit card interest does effect our debt settlement process.

Hope we all could appreciate more the benefits of locking the outstanding balance from credit card interest by using EPP (Easy Payment Plan) offered by EzPayment2U.

 

For more understanding and to discuss further, please call mobile / whatsapp / viber 0193355399 or TM HomeLine 0389275399

or YM / Skype ‘ezpayment2U’

or email: ezpayment2u@gmail.com

Frequent Answer & Question available at http://www.ezpayment2u.com/eppfaq

Lembaga Hasil Dalam Negera (LHDN)

PETALING JAYA: The public will not be able to pay their income tax with credit cards for now as the Finance Ministry has rejected the proposal to allow such a move.

Inland Revenue Board public relations officer Masrun Maslim said the IRB was, however, hopeful that the proposal could be implemented in the future.

He said the reason for the rejection was that the ministry did not want people to take up a loan to pay off another debt.

“We have no problems allowing the public to pay taxes using credit cards but it is up to the Government to approve such a move.

“As an implementing agency, we want to help ease the burden of taxpayers,” he said.

“If paying with credit cards can alleviate their burden, then why not?” he said yesterday.

Masrun said one of the benefits of paying for goods and services using credit cards was that the user could collect points and redeem them for gifts.

He said the IRB received many suggestions from the public via letters, e-mail as well as feedback from seminars pushing for the Government to allow taxes to be paid using credit cards.

“Until today, we are still getting responses from the people proposing the move.

“My personal view is that we should analyse the advantages and disadvantages of allowing such a payment option,” he said.

It was reported that the IRB received 2.1 million forms via e-Filing this year compared with 1.8 million forms during the same period last year.

The IRB aims to collect RM110bil in taxes this year.

Last year, a staggering RM109.67bil in taxes was collected compared to RM86bil in 2010.

However, IRB chief executive officer Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar said the high collection of taxes was unlikely to be repeated this year.

Source: TheStar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pagi ni sambil baca2 Kosmo saya terbaca satu artikel berkaitan kes tuntutan hutang kad kredit di mana seorang lelaki yang telah pergi tuntut hutang kad kredit dia dari seseorang yang sepatutnya menjadi ‘penyelamat’ tetapi akhirnya lelaki yang tuntut hutang tersebut bukan setakat gagal tuntut hutang kad kredit dia… malah dapat ‘hadiah’ pulak dari ‘penyelamat’ tersebut…

sebenarnya… bagi saya pula… si penuntut hutang sekarang ni bukan setakat dapat ‘hadiah’ penumbuk… tapi saya fikir ramai yang tak sedar bahawa si penuntut hutang kad kredit ini akan dapat satu lagi ‘hadiah istimewa’ dari pihak yang juga ‘istimewa’ iaitu bank pengeluar kad kredit si penuntut hutang tersebut… ‘hadiah istimewa’ yang saya maksudkan ialah hutang yang akan terus bertambah akibat interest yang akan terus dikenakan setiap bulan selagi masih ada baki tertunggak… sekarang si penuntut hutang bukan setakat dapat ‘hadiah’ penumbuk dari ‘penyelamat’ tapi dia juga akan dapat ‘hadiah istimewa’ dari bank pengeluar kad kredit tersebut… ‘double barrel’ tu… oh ye! ni belum campur lagi dengan ‘late charges payment’ dan lain2 fee lain lagi… isk… isk… iskkkkk…. kesiannnn….


Hadiah penumbuk

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kedatangan seorang lelaki ke sebuah premis pasukan penyelamat untuk berbincang mengenai tunggakan hutang kad kredit melibatkan seorang anggota pasukan itu ternyata sia-sia apabila dia bukan sahaja gagal berbuat demikian malah ‘dihadiahkan’ penumbuk hingga hidungnya patah.

M. Rajagopal, 27, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada pukul 4 petang 15 November lalu selepas dia diarahkan oleh majikannya untuk berjumpa anggota berkenaan yang gagal dihubungi di kawasan Selayang, Gombak.

Dakwanya, sebaik memasuki premis itu bersendirian, dia kemudian terus diajak untuk masuk ke dalam sebuah bilik oleh anggota berkenaan untuk ‘berbincang’.

“Saya datang untuk berbincang mengenai hutang yang telah tiga bulan tidak dijelaskan sebelum dia tiba-tiba meninggikan suara. Di dalam bilik itu turut ada lima lagi rakannya.

“Dia kemudian mengambil sebiji batu di dalam bilik itu dan cuba hendak membaling saya. Saya yang risau dan cemas dengan keadaan itu cuba keluar tetapi dihalang oleh lima rakannya,” ceritanya ketika ditemui di Selayang dekat sini semalam.

Rajagopal mendakwa, anggota itu kemudian menarik bajunya sebelum ditumbuk di muka menyebabkan dia pengsan sebelum dia dibawa ke hospital oleh rakan-rakan anggota berkenaan.

Katanya, ekoran kejadian itu, mukanya lebam dan batang hidungnya patah hingga memaksanya menjalani pembedahan. Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan laporan tersebut dan pihaknya masih menyiasat dakwaan mangsa.

Sumber: Kosmo

Qurban Dahulu Atau Bayar Hutang?

Pertanyaan:

Assalamu’alaikum Wr. Wb. Saya ingin menanyakan beberapa permasalahan sbb: Mana yang harus diutamakan jika kita berniat untuk melakukan ibadah qurban (pada saat Idul Qurban) sementara kita masih memiliki hutang? Apakah harus melunasi hutang terlebih dahulu? Saya mengucapkan terima kasih atas jawaban yang ustadz berikan. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

Jawaban:

Dalam masalah ini anda harus mendahulukan membayar hutang daripada menyembelih hewan qurban. Karena memotong hewan qurban merupakan ibadah sunnah untuk bertaqarrub kepada Allah. Sedangkan melunasi hutang merupakan kewajiban antar sesama manusia. Jadi ada dua alasan mengapa harus mendahulukan bayar hutang.

Pertama, karena bayar hutang itu wajib hukumnya, sedangkan menyembelih hewan qurban hukum asalnya sunnah. Kedua, karena bayar hutang itu hak adami yang harus dipenuhi, sedangkan menyembelih hewan qurban tidak terkait dengan hak adami. Selama belum terpenuhi, maka sampai mati pun masih menjadi tuntutan si pemilik harta dan akan menjadi masalah di dalam kubur karena masalah hutang ini.

Wallahu ‘alam bish-Showab. Wassalamualaikum Wr. Wb.

Sumber: SyariahOnline

 


BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN’, hubungan persaudaraan ‘terkorban’, atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

Sumber: Ustaz Zaharuddin


Berqurban Dengan Meminjam Uang Di Koperasi
Pertanyaan:

Assalumu'alaikum wr.wb

Saya ingin menanyakan persoalan qurban,
ada beberapa teman saya yang ingin sekali melakukan qurban, namun mereka
tidak ada dana, sehingga mereka ingin meminjam uang di koperasi untuk
membili hewan qurban.
yang menjadi pertanyaan saya, boleh tidak hal ini dilakukan?
Terimakasih
Wassalamu'alaikum wr.wb

Rahma

Jawaban:

Assalamu `alaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
Alhamdulillahi rabbil `alamin, washshalatu wassalamu `ala sayyidil mursalin,
wa ba`du, 

Ibadah qurban itu hanya disunnahkan bagi mereka yang memang punya keluasan
rezeki. Sedangkan buat mereka yang kekurangan atau tidak punya keluasan
rezeki, maka tidaklah harus menyembelih hewan qurban. 

Islam itu agama yang mudah dan tidak membebankan kepada pemeluknya untuk
melakukan sebuah ibadah kecuali bila memang orang itu mampu melakukannya.
Misalnya zakat, dimana zakat itu tidak pernah diwajibkan kepada fakir miskin
yang tidak mampu. Sebaliknya, justru para fakir miskin itulah yang berhak
menerima zakat. 

Apabila teman Anda termasuk kalangan yang kurang mampu untuk membeli seekor
kambing untuk dijadikan hewan qurban, maka Allah SWT sama sekali tidak akan
pernah memintanya untuk menyembelih qurban. Sebab perintah ibadah ini hanya
berlaku buat mereka yang diberikan kelapangan dalam rezeki. 

Karena itu bila seseorang sampai memaksakan diri untuk bisa menyembelih
hewan qurban, apalagi sampai harus berhutang sana sini, maka sebenarnya bisa
dikatakan agak berlebihan. Sebab ibadah qurban itu tidak boleh diiringi rasa
riya?, rasa ingin dipuji, atau ingin dibilang setia kepada masjid yang
menyelenggarakan pemotongan dan sejenisnya. Lalu untuk itu, dari pada
dibilang pelit atau tidak loyal, maka berhutanglah kesana kesini. Tentu
sikap ini tidak terlalu bijaksana, sebab bukan demikian esensi ibadah
qurban. 

Lain halnya bila seseorang bekerja keras untuk menabung uangnya rupiah demi
rupiah agar tahun depan bisa ikut menyembelih hewan qurban, maka hal itu
tentu perlu dihargai. Tapi tetap saja tidak boleh sampai mengorbankan
kewajibannya dalam mencukupi kebutuhan kehidupan istri dan anak-anaknya.
Sebab memberi nafkah kepada keluarga hukumnya wajib. Sedangkan menyembelih
hewan qurban hukumnya sunnah atau sunnah muakkadah bagi mereka yang
kelebihan harta. 

Tapi bila seseorang terlanjur berniat lalu berhutang dan membeli kambing
untuk kurban, maka insya Allah qurbannya diterima Allah SWT dan secara hukum
tetap syah. 

Wallahu a`lam bishshowab. Wassalamu `alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sumber: Media Dakwah Yahoogroups

Qurban Atau Bayar Hutang, Mana Duluan?

Pertanyaan:

Assalamu'alaikum wr wb.

Saya ingin menanyakan beberapa permasalahan sbb:
Mana yang harus diutamakan jika kita berniat untuk melakukan ibadah qurban
(pada saat Idul Qurban), sementara kita masih memiliki hutang? Apakah harus
melunasi hutang terlebih dahulu?.
Saya mengucapkan terima kasih atas jawaban yang ustadz berikan.
Wassalamu'alaikum Wr Wb
Yani

Jawaban:

Dalam masalah ini anda harus mendahulukan membayar hutang dari menyembelih
hewan qurban. Karena memotong hewan qurban merupakan ibadah sunnah untuk
bertaqarrub kepada Allah. Sedangkan melunasi hutang merupakan kewajiban
antar sesama manusia. Jadi ada dua alasan mengapa harus mendahulukan bayar
hutang. 

Pertama, karena bayar hutang itu wajib hukumnya, sedangkan menyembelih hewan
qurban hukum asalnya sunnah. 

Kedua, karena bayar hutang itu hak adami yang harus dipenuhi, sedangkan
menyembelih hewan qurban tidak terkait dengan hak adami. Selama belum
terpenuhi, maka sampai mati pun masih menjadi tuntutan si pemilik harta dan
akan menjadi masalah di dalam kubur karena masalah hutang ini. 

Wallahu a'lam bishshowab.
Sumber: Media Dakwah Yahoogroups

My comment:

Seksanya orang berhutang ni… Kat dunia nak buat ibadah seperti ibadah qurban dan haji pun susah  sebab kita berada dalam golongan yang tak mampu malah dipertanggungjawabkan pula untuk melunaskan hutang sedia ada sebab di atas setiap hutang itu ada hak-hak pihak tertentu atau insan tertentu yang kita kena tunaikan terlebih dahulu. Unless macam yang Ustaz Zaharuddin pesan, untuk hutang bank atau hutang peribadi contohnya yang telah menjadi tetap setiap bulan dan kemudian kita selesaikan hutang kita pada bulan tersebut dan kita bebas dari dikenakan interest, ada pula duit lebihan pada bulan tersebut, maka pada ketika itu boleh lah kita lakukan ibadah qurban.

Sebab tu lah kita kena segera tukarkan ‘outstanding balance’ kad kredit kita ke dalam bentuk Easy Installment Plan yang tiada interest pada setiap bulan daripada terus membayar ‘minimum payment’ dan ‘outstanding balance’ itu nanti dikenakan interest.

Insya Allah… EzPayment2U sekadar menjalankan tanggungjawab membantu rakan-rakan sekalian keluar dari institusi hutang yang ada interest yang boleh menjerumuskan kita ke dalam riba’… Allah sahaja lah yang berkuasa memberi taufik dan hidayah kepada rakan-rakan sekalian… Insya Allah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2013 EzPayment2U Blog Suffusion theme by Sayontan Sinha
Partly powered by CleverPlugins.com Popup By Puydi