Saya banyak terima soalan yang sama…. Bagaimana proses nak buat EPP melalui EzPayment? Apa dokumen yang diperlukan? Dengan siapa saya patut berjumpa?
Jadi di sini saya mengambil inisiatif untuk buat carta proses dan prosedur pengurusan EPP dari awal sehingga akhir proses supaya mudah rakan-rakan nak buat rujukan.
Secara asasnya, proses yang terlibat untuk buat EPP adalah seperti berikut:
- Pengesahan maklumat (pemilik kad telefon bank untuk pastikan sama ada kad masih aktif atau tidak, hutang tertunggak, credit limit yang bank bagi, credit yang masih boleh digunakan dan boleh di’swipe’, baki installment atau cash-on-call yang masih belum dilunaskan)
- Maklumat diberi kepada pihak pengurusan (melalui borang pengiraan di http://www.ezpayment2u.com/borang.htm)
- Pengiraan (EzPayment2U buat kiraan selepas dapat maklumat)
- Proposal (pihak EzPayment2U emelkan proposal PERCUMA melalui email kepada pemilik kad)
- Persetujuan (pemilik kad memberikan persetujuan untuk meneruskan proses EPP mengikut proposal)
- Penyerahan dokumen dan kad kredit (penyerahan boleh dibuat sama ada secara perjumpaan atau melalui pos/courier)
- Settlement (pihak pengurusan akan buat settlement kepada outstanding sekiranya perlu)
- Swipe semula kad secara EPP (pihak pengurusan swipe semula kad mengikut amount EPP seperti dalam proposal)
- Penyerahan semula dokumen dan kad kepada pemilik (dokumen dan kad akan dipulangkan semula kepada pemilik setelah selesai proses tukar outstanding kepada EPP dalam tempoh 5 hari)
- Proses selesai (tiada lagi outstanding dan pemilik kad bayar hutang secara installment terus kepada bank yang isu kad)
Lihat gambarajah di bawah sebagai imbasan sekali lalu:
Penjelasan:
Langkah 1: “Isi Borang Online”
Isi borang pengiraan secara online di portal EzPayment2U – http://www.ezpayment2u.com/borang.htm
Sebelum mengisi borang, pemilik kad dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu outstanding balance, credit limit, available credit dan semak juga baki installment yang belum dijelaskan kepada bank sekiranya ada membuat apa-apa pembelian secara installment menggunakan kad kredit sebelum ini. (Sila rujuk artikel Syarat dan Panduan sebelum ini)
Langkah 2: “Kelulusan & Pengiraan“
Melalui maklumat yang diberikan dalam borang, pihak EzPayment2U akan check sama ada kad kredit layak atau tak untuk EPP. Sekiranya layak, pengiraan EPP akan dibuat. Melalui pengiraan ini client akan diberitahu berapa Management Fee yang terlibat, berapa bayaran installment bulanan kena buat, berapa lama tempoh installment untuk settlekan outstanding sedia ada dan dalam kes-kes tertentu client boleh dapat tunai daripada credit limit yang digunakan untuk EPP.
Langkah 3: “Status Kad“
Sebenarnya perkara pertama sekali dalam kelulusan dan pengiraan yang akan dilihat ialah status kad sama ada kad tersebut masih aktif atau dah kena permanent block atau temporary block atau dah kena blacklist.
Sekiranya kad dah kena ‘permanent block’ atau ‘blacklist’, kes ini terpaksa ditolak awal-awal lagi.
Sekiranya kad hanya kena ‘temporary block’ maka client boleh call bank kad kredit bertanyakan tentang bayaran minimum yang boleh dibuat untuk mengaktifkan semula kad. Setelah kad aktif maka EzPayment2U akan meminta client untuk semak pengiraan EPP yang dicadangkan.
Untuk kad yang masih aktif, EzPayment2U akan terus buat kiraan dan seterusnya mengusulkan pengiraan EPP kepada client untuk mencapai persetujuan.
Langkah 4: “Persetujuan“
Persetujuan iala satu peringkat di mana pengiraan EPP telah siap untuk dijadikan cadangan (proposal) kepada client. Biasanya EzPayment2U akan hantar cadangan (di dalam format Excel spreadsheet) tersebut kepada client melalui email. EzPayment2U akan meminta client untuk menghubungi pihak EzPayment2U semula sejurus mendapat spreadsheet tersebut untuk penerangan. Client perlu menghubungi semula EzPyament2U untuk mendapatkan penerangan yang jelas dan tepat supaya tidak berlaku salah faham atau tafsir terhadap EPP dan juga EzPaymentu2U. (Client juga boleh membaca dulu artikel Mari fahamkan proposal sebelum ini untuk memahami proposal yang telah diberikan)
Setelah berbincang, sekiranya client tidak bersetuju, maka proses EPP akan diberhentikan setakat ini sahaja, sebaliknya jika client bersetuju dengan cadangan dan penerangan maka proses EPP terhadap outstanding pun bermula.
Untuk memulakan proses EPP, pemilik kad kredit perlu menyediakan
- kad kredit yang ingin dijadikan EPP,
- salinan kad pengenalan dan juga
- penyata terkini untuk semakan.
Kad kredit akan dipulangkan kepada pemilik kad selepas syarikat membuat settlement untuk jumlah outstanding yang ingin dijadikan EPP. Kad akan di’swipe’ dengan amount EPP yang telah dipersetujui seperti di dalam proposal. Biasanya tempoh yang diambil untuk pulangkan semula kad ialah lima (5) hari iaitu sejurus selepas proses EPP selesai.
Langkah 5: “Outstanding Balance“
Setelah persetujuan dicapai dan segala dokumen diperlukan dan kad kredit telah diserahkan kepada pihak pengurusan maka pihak pengurusan akan periksa jumlah ‘Outstanding Balance’ sedia ada sama ada di bawah paras credit limit atau telah melebihi credit limit.
Sekiranya jumlah amount outstanding balance bersama bayaran pemprosesan adalah di bawah had kredit (credit limit), maka…
- Pihak pengurusan akan check available credit sedia ada.
- Pihak pengurusan akan swipe kad untuk tunaikan credit yang masih boleh digunakan sebagai ‘Cash Advance’ secara EPP.
- Pihak pengurusan akan serahkan tunai yang telah dikeluarkan kepada pemilik kad.
- Pemilik kad dapat cash dan bayar outstanding yang hendak dijadikan EPP.
- Pemilik kad simpan / gunakan lebihan tunai (sekiranya ada)
Untuk kes jumlah amount outstanding balance dan bayaran pemprosesan melebihi credit limit. Sekiranya baki yang ada dalam available credit tidak mencukupi untuk pembayaran EPP maka:
- Pihak pengurusan akan rujuk available credit dalam kad-kad kredit lain yang dimiliki pemilik kad yang disenaraikan bersama-sama di dalam borang pengiraan.
- Sekiranya setelah merujuk kad-kad lain yang disenaraikan di dalam borang pengiraan tetapi masih tidak mencukupi untuk cover cost EPP maka pemilik kad harus ‘top-up’ kos tersebut secara bayaran tunai sebelum proses EPP dapat dimulakan.
- Setelah pembayaran dilakukan sama ada dari available credit atau pun secara tunai, maka syarikat akan buat settlement untuk outstanding yang hendak dijadikan EPP.
- Setelah bank buat clearance (dalam masa 24 jam), maka pihak pengurusan akan caj (swipe) semula kad kredit mengikut amount EPP mengikut amount outstanding yang hendak dijadikan EPP bersama-sama dengan bayaran pemprosesan.
- Proses menukar outstanding kepada EPP sekarang telah selesai dan pemilik kad akan dapati tiada lagi outstanding dalam kad.
- Sekiranya terdapat lebihan tunai daripada penggunaan available credit dari kad-kad yang digunakan untuk proses EPP maka lebihan tunai akan dipulangkan semula kepada pemilik kad.
- Sekarang pemilik kad kemudiannya hanya bayar hutang secara installment bulanan kepada bank yang isu kad tersebut.
(Nota: Untuk kes di mana outstanding balance di dalam kad hampir mencecah Credit Limit atau pun sudah melebihi 70% daripada Credit Limit maka pemilik kad digalakkan untuk menyenaraikan bersama kad-kad kredit lain yang masih mempunyai available credit yang masih banyak untuk cover cost EPP atau terpaksa membayar top-up secara tunai)
