Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Pihak EzPayment2U ada menyediakan borang online untuk memudahkan client membuat permohonan EPP sama ada untuk ‘restructure‘ outstanding atau pun untuk buat Cash Advance
Borang online tersebut boleh diperolehi di http://www.ezpayment2u.com/borang.htm
Cuma seperkara yang saya harap client-client EzPayment2U ambil perhatian dan beri kerjasama ialah kami amat mengharapkan agar maklumat yang diberikan dalam borang tu adalah maklumat yang TEPAT serta TERKINI…
Bukan apa, kalau maklumat tu maklumat yang dah ketinggalan dan tak tepat nanti proposal / cadangan / nasihat yang diberikan pun jadi tak betul dan mungkin tak sesuai dengan situasi terkini sekarang ni.
Kadang-kadang bank akan tambahkan Credit Limit tanpa update kat kita… tau-tau je Credit Limit dah bertambah atau ada pertambahan Outstanding sebab ada buat pemotongan insurans atau lain-lain pembayaran melalui EPP kan? Biasanya kalau pemotongan automatik (auto payment / debit) atau pun pemotongan EPP ni kita tak tau kalau tak check dalam akaun.
Jadi, ringkas ceritanya, kami di EzPayment2U berharap sangat-sangat lah agar anda mendapatkan maklumat TEPAT serta TERKINI sebelum mengisi borang online tersebut.
Untuk memudahkan client-client kami mendapatkan maklumat terkini di page borang online (sebelah kanan) tersebut kami ada senaraikan nombor bank berserta short-cut code untuk dihubungi. Short Cut Key / Code tu maksudnya bila anda call bank nanti tak perlu lah nak tunggu lama robot tu terangkan satu persatu. Maksudnya anda boleh terus tekan code / key tersebut untuk terus ke bahagian kad kredit.
Walau bagaimana pun di sini EzPayment2U senaraikan juga nombor panggilan untuk bank-bank tersebut:
| Bank | Contact | Short-Cut Key |
| AFFIN | 03-55148410 | |
| ALLIANCE | 03-55169988 | 1, #, 0 |
| AMBANK | 03-21788888 03-21786600 |
1, #, 0 |
| CIMB | 03-62047799 / 88 | 1 |
| CITIBANK | 03-23830000 04-2960000 |
1, H, 2, Card No, 1 |
| EON | 03-26161188 / 33 | 1, 1, 0 |
| HSBC | 1300-88-1727 | 1 # |
| HL | 1800-38-8830 | 1, 0, # |
| BIMB | 03-26900900 | 2, 5, I/C NO |
| MBB | 1800-88-2838 1300-88-6688 1800-88-1801 (Platinum) |
2 – 3 – 02 |
| MBF | 03-21677600 04-2299755 |
1, #, 0 |
| OCBC | 1300-88-5000 | 1, 0, 2, Card No |
| PBB | 03-21768000 03-21768333 (Platinum) |
1, #, 8 |
| S/CHARTERED | 1300-88-8888 | 1, 0, 1 |
| UOB | 03-26128121 04-2401121 |
1, 0, 2 |
Sebenarnya nombor telefon bank ni juga boleh diperolehi di belakang kad kredit masing-masing atau dalam penyata bulanan bank.
Semoga urusan anda menjadi cepat, mudah dan betul.