Pengumuman:
Blog ini memaparkan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini EzPayment2U. Untuk mengetahui tentang konsep penyelesaian hutang kad kredit atau membuat pengeluaran tunai ('Cash Advance') melalui kaedah Easy Payment Plan (EPP) - 0% Installment sila ke laman web rasmi EzPayment2U - http://www.ezpayment2u.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pagi ni sambil baca2 Kosmo saya terbaca satu artikel berkaitan kes tuntutan hutang kad kredit di mana seorang lelaki yang telah pergi tuntut hutang kad kredit dia dari seseorang yang sepatutnya menjadi ‘penyelamat’ tetapi akhirnya lelaki yang tuntut hutang tersebut bukan setakat gagal tuntut hutang kad kredit dia… malah dapat ‘hadiah’ pulak dari ‘penyelamat’ tersebut…

sebenarnya… bagi saya pula… si penuntut hutang sekarang ni bukan setakat dapat ‘hadiah’ penumbuk… tapi saya fikir ramai yang tak sedar bahawa si penuntut hutang kad kredit ini akan dapat satu lagi ‘hadiah istimewa’ dari pihak yang juga ‘istimewa’ iaitu bank pengeluar kad kredit si penuntut hutang tersebut… ‘hadiah istimewa’ yang saya maksudkan ialah hutang yang akan terus bertambah akibat interest yang akan terus dikenakan setiap bulan selagi masih ada baki tertunggak… sekarang si penuntut hutang bukan setakat dapat ‘hadiah’ penumbuk dari ‘penyelamat’ tapi dia juga akan dapat ‘hadiah istimewa’ dari bank pengeluar kad kredit tersebut… ‘double barrel’ tu… oh ye! ni belum campur lagi dengan ‘late charges payment’ dan lain2 fee lain lagi… isk… isk… iskkkkk…. kesiannnn….


Hadiah penumbuk

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kedatangan seorang lelaki ke sebuah premis pasukan penyelamat untuk berbincang mengenai tunggakan hutang kad kredit melibatkan seorang anggota pasukan itu ternyata sia-sia apabila dia bukan sahaja gagal berbuat demikian malah ‘dihadiahkan’ penumbuk hingga hidungnya patah.

M. Rajagopal, 27, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada pukul 4 petang 15 November lalu selepas dia diarahkan oleh majikannya untuk berjumpa anggota berkenaan yang gagal dihubungi di kawasan Selayang, Gombak.

Dakwanya, sebaik memasuki premis itu bersendirian, dia kemudian terus diajak untuk masuk ke dalam sebuah bilik oleh anggota berkenaan untuk ‘berbincang’.

“Saya datang untuk berbincang mengenai hutang yang telah tiga bulan tidak dijelaskan sebelum dia tiba-tiba meninggikan suara. Di dalam bilik itu turut ada lima lagi rakannya.

“Dia kemudian mengambil sebiji batu di dalam bilik itu dan cuba hendak membaling saya. Saya yang risau dan cemas dengan keadaan itu cuba keluar tetapi dihalang oleh lima rakannya,” ceritanya ketika ditemui di Selayang dekat sini semalam.

Rajagopal mendakwa, anggota itu kemudian menarik bajunya sebelum ditumbuk di muka menyebabkan dia pengsan sebelum dia dibawa ke hospital oleh rakan-rakan anggota berkenaan.

Katanya, ekoran kejadian itu, mukanya lebam dan batang hidungnya patah hingga memaksanya menjalani pembedahan. Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan laporan tersebut dan pihaknya masih menyiasat dakwaan mangsa.

Sumber: Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2013 EzPayment2U Blog Suffusion theme by Sayontan Sinha
Partly powered by CleverPlugins.com Popup By Puydi